VCSP P302 adalah hasil dapatan daripada bengkel Leadership Forum towards Globally Respected University 2024 yang telah diadakan secara World Café Style pada 27 Julai 2023 bertempat di ILD Bandar Enstek. Secara keseluruhannya, VCSP telah mendapat kelulusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) pada 4 Oktober 2023.

Objektif utama bagi VCSP P302 UiTM Skill Forge ialah untuk membangunkan dan melaksanakan Kursus Micro-Credentials atau Massive Open Online Course (MOOC) (Developing and Conducting MicroCredentials/ Massive Open Online Course (MOOC) courses at the international level). 

Projek ini memberi peluang kepada staf pentadbiran untuk mengetengahkan kepakaran masing-masing (sebagai Subject Matter Expert) dari pelbagai bidang untuk pembangunan serta penawaran modul latihan Micro-Credentials atau Massive Open Online Course (MOOC) di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ini penting bagi memastikan bakat staf pentadbiran (sebagai Subject Matter Expert) diiktiraf di peringkat dunia ke arah mencapai misi UiTM untuk menjadi Globally Respected University 2024 dan Globally Renowned University (GRU) 2025.